Kita baru naik kapal terbang peribadi, jet atau helikopter sudah sombong. Rasulullah s.a.w naik ke langit pun tidak sombong. Kita baru naik Bugatti Veyron atau Lamborghini dah sombong. Rasulullah menunggang Buraq yang selangkah kakinya itu sama dengan perjalanan sejauh mata memandang pun tidak sombong. Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit sudah sombong dan merasa bangga. Kalau menteri senyum kepadanya dia merasa bangga. Rasulullah s.a.w berjumpa dengan Allah s.w.t di Sidratul Muntaha yang mana Malaikat sendiri tak pernah masuk, tetapi baginda tidak pun sombong. Jadi, apa sebab kita mahu sombong lagi atas dunia ni?..
***brtegorla slagi mampu...xgna smbong atas dunia y smntara ne...jgn trlalu tksub dgan ap y kita ad...tkot trmkan dri..:)
This is my own LIFE..!!
semuanya benar dan tiada yng mendustakan..
Monday, March 19, 2012
#38 teguran untuk semua termasuk saya
Monday, March 5, 2012
#37
Salam all..
malam ni saja nk update blog nk habaq bahawa da time tidoq~
jum... sok reja lak na...
lama xupdate blog.. update blog masa jadi pengangur lei la..
la da jd sikit berkerjaya ssh nk online...
satu g nk gtaw kt budak ni...aku sayang ang la ngok~ misssss la beb... (walaupon dya baca ka x...)
k bye...nantok~salam

Wasiat~lawak
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.
Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"
Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."
Rahmat : "?????"

Sunday, February 19, 2012
Bayi kembar
Ada sepasang bayi kembar yang seorang bernama Ali dan seorang lagi bernama Abu.Abu berbadan gempal dan sihat tapi Ali pula kurus kering kerana tak cukup menyusu dari ibunya sedangkan Abu pula sering disusukan oleh ibunya.
Oleh kerana si Ali marah sikap pilih kasih ibunya,maka pada satu malam ketika ibunya sedang tidur dia telah menyapukan racun pada kedua-dua susu ibunya supaya si Abu cepat mati.
Tetapi apabila Ali bangun dari tidur pada pagi esoknya didapati ayahnya yang meninggal dunia bukannya si Abu.
Persoalannya, mengapa ayah mereka yang meninggal?..
Saturday, February 18, 2012
Malaysia lagi hebat no.....
Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.
Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.
Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.
Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.
(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)
Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..
Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Friday, February 17, 2012
Menantu ke Hantu??
Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.
Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Lawak gilo
Seorang budak kecil sedang memanjat pokok mangga ditepi rumahnya, tetiba dibawahnya melintas penghulu kampung tersebut sambil memandang keatas. "MasyaAllah" tok penghulu tersebut tetiba bersuara dan menyuruh budak kecil tersebut turun. Setelah budak kecil itu turun, tok penghulu memarahi beliau.
Tok penghulu : Hey budak, lain kali kalau nak memanjat pokok, pakai seluar dalam dulu. Tak senonoh betul
Tok penghulu tersebut memberikan wang RM5.00 dan menyuruh budak itu membeli seluar dalam.
Setelah pulang kerumah, budak tersebut menceritakan segala-galanya kepada emaknya. Esok pagi-pagi lagi, emak budak tersebut pula memanjat pokok tersebut tanpa memakai seluar dalam.
Dalam hatinya berkata "kalau anak aku boleh dapat RM5.00, aku yang dah besar ni, koman-koman boleh dapat RM20.00".
Seperti semalam, tok penghulu sekali lagi melintas kawasan tersebut sambil memandang keatas.
"MasyaAllah" sekali lagi tok penghulu terkejut dan memanggil emak budak tersebut turun.
Dengan hati yang gembira kerana perangkapnya untuk mendapat RM20.00 akhirnya hampir menjadi kenyataan.
Tok penghulu : Kamu dengan anak kamu sama saja, dah tahu nak panjat pokok, pakai lah seluar dalam... tak senonoh betul.
Selepas selesai membebel tok penghulu menyeluk poketnya dan mengambil wang lalu berkata :
"Nah 20 sen, pergi beli pisau cukur".

Subscribe to:
Comments (Atom)